All Your Love

All Your Love
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 September 2011 (Digital)
26 September 2011 (Fizikal)
Dirakamkan padaJanuari 2011 – September 2011
GenrePop, Dance, R&B
Panjang42:57
BahasaBahasa Inggeris
SyarikatWhat's Up Entertainment
PenerbitBryan Bouro, Christian Alexanda, Tom Diesel
Kronologi Siti Nurhaliza
CTKD
(2009)
All Your Love
(2011)
Fragmen
(2014)
Single daripada All Your Love
  1. "Falling In Love"
    Dikeluarkan: 9 Julai 2011
  2. "Remember You"
    Dikeluarkan: 1 Mac 2012
sunting · sunting di Wikidata

All Your Love (Melayu: Segala Cintamu) merupakan album studio ke-16 dan album Inggeris sulung penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan secara digital pada 16 September 2011 dan secara fizikal pada 26 September 2011 dan diterbitkan oleh What’s Up Entertainment, yang dimiliki dan diuruskan oleh anak tirinya, Adib Khalid. Semua lagu-lagu di dalam album ini telah ditulis dan diterbitkan oleh dua komposer Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.

Menerusi lagu "Remember You" dan "I’ll Wait Forever", beliau bekerjasama dengan Sean Kingston dan Christian Alexanda. Proses rakaman dan pembikinan album ini dijalankan pada lewat Januari 2011 dengan rakaman suara untuk semua 10 lagu yang mengambil masa dua minggu di Kuala Lumpur, manakala proses adunan dan mastering dijalankan di beberapa studio rakaman di Australia dan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Single pertama album ini, "Falling In Love" telah dilancarkan dan dipromosikan pada 9 Julai 2012, di mana beliau menyanyikan lagu ini untuk salah satu konsert promosinya untuk rangkaian kosmetik dan produk kecantikannya, SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia juga dipersembahkan secara langsung sekali lagi seminggu kemudian di Anugerah Industri Muzik ke-10. Sehingga Mac 2012, album ini telah terjual sebanyak 70, 000 unit samada dalam bentuk digital dan fizikal.