Tarekat (Arab: طَرِيقَة, rumi: ṭarīqah terbitan طَرِيق ṭarīq "jalan" lanjutan dari kata kerja طَرَقَ ṭaraqa "melalui") lazimnya merujuk kepada satu konsep atau mazhab dalam kesufian Islam. Ilmu tarekat adalah suatu pengajian atau kaedah untuk mengenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.