Abdurrahman Wahid

Allahyarham Kiai Haji
Abdurrahman Wahid
Presiden Indonesia ke-4
Dalam jawatan
20 Oktober 1999 – 23 Julai 2001
Naib PresidenMegawati Sukarnoputri
Didahului olehBaharuddin Jusuf Habibie
Digantikan olehMegawati Sukarnoputri
Maklumat peribadi
Lahir
Abdurrahman Ad-Dakhil

(1940-09-07)7 September 1940
Jombang, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia30 Disember 2009(2009-12-30) (umur 69)
Jakarta, Indonesia
Tempat semadiDiwek, Jombang, Indonesia
Parti politikPartai Kebangkitan Bangsa
PasanganSinta Nuriyah
PertalianSalahuddin Wahid (adik)
Anak4 (semuanya perempuan, termasuk Yenny Wahid)
Tempat belajarKarachi Grammar School
Universiti Al-Azhar (Pengajian Islam 1967)
Universiti Baghdad
Bidang pengkhususanTokoh agama, Ahli politik
Tandatangan
Laman webwww.gusdur.net

Abdurrahman Wahid (/ˌɑːbdʊrɑːhmɑːn wɑːˈhd/ AHB-doo-RAHKH-mahn-_; lahir Abdurrahman ad-Dakhil; 7 September 1940–30 Disember 2009), atau lebih dikenali sebagai Gus Dur ialah Presiden Republik Indonesia yang keempat dan ketua Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang diasaskannya selepas kejatuhan pemerintahan Suharto pada 1998. Beliau menggantikan B. J. Habibie setelah dipilih oleh Parlimen Rakyat (MPR), hasil daripada pilihan raya umum 1999. Tempoh jawatannya sebagai Presiden Indonesia bermula pada 20 Oktober 1999. Gus Dur menyelenggarakan pemerintahannya dengan bantuan kabinet Persatuan Nasional. Akibat dari serangan penyakit angin ahmar dan tuduhan rasuah, beliau diminta meletak jawatan oleh Persidangan Khas MPR dan pimpinannya digantikan oleh Megawati Sukarnoputri pada 23 Julai 2001.

Nama jolokannya yang terkenal, Gus Dur, berasal dari Gus, penghormatan yang biasa untuk seorang anak kiai, dari bentuk pendek perkataan bagus ('budak yang tampan' dalam bahasa Jawa); dan Dur, bentuk pendek namanya, Abdurrahman.