Zulfikar Ali Bhutto
Zulfikar Ali Bhutto | |
|---|---|
| Perdana Menteri Pakistan ke-10 | |
| Dalam jawatan 14 Ogos 1973 – 5 Julai 1977 | |
| Presiden | Fazal Ilahi Chaudhry |
| Didahului oleh | Nurul Amin |
| Digantikan oleh | Muhammad Khan Junejo |
| Presiden Pakistan ke-4 | |
| Dalam jawatan 20 Disember 1971 – 13 Ogos 1973 | |
| Perdana Menteri | Nurul Amin |
| Didahului oleh | Yahya Khan |
| Digantikan oleh | Fazal Ilahi Chaudhry |
| Foreign Minister of Pakistan ke-5 | |
| Dalam jawatan 15 Jun 1963 – 12 September 1966 | |
| Didahului oleh | Muhammad Ali Bogra |
| Digantikan oleh | Syed Sharifuddin Pirzada |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 5 Januari 1928 Larkana, India British |
| Meninggal dunia | 4 April 1979 Rawalpindi, Pakistan |
| Parti politik | Parti Rakyat Pakistan |
Zulfikar Ali Bhutto (Urdu: ذوالفقار علی بھٹو, IPA: [zʊlfɪqɑːr ɑli bɦʊʈːoː]; Bahasa Sindhi: ذوالفقار علي ڀُٽو) (5 Januari 1928–4 April 1979) merupakan seorang ahli politik Pakistan yang berkhidmat sebagai Presiden Pakistan dari tahun 1971 hingga 1973 dan sebagai Perdana Menteri Pakistan dari tahun 1973 hingga 1977. Beliau merupakan pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP), salah satu parti politik yang terbesar dan terkuat pengaruh di Pakistan. Anak perempuannya Benazir Bhutto menjadi perdana menteri dua kali.
Bhutto telah dikenakan hukuman gantung pada 1979 kerana disabitkan kesalahan terlibat dalam pembunuhan seorang ahli parti pembangkang. Ramai berpendapat pembunuhannya sebagai bermotifkan politik di atas arahan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Beliau telah diberi gelaran Shaheed Zulfikar Ali Bhutto kerana dianggap sebagai mati syahid.