Zootopia

Zootopia
Poster teater
Pengarah
Lakon layar
Cerita oleh
  • Byron Howard
  • Rich Moore
  • Jared Bush
  • Jim Reardon
  • Josie Trinidad
  • Phil Johnston
  • Jennifer Lee
Dihasilkan olehClark Spencer
Dibintangi
Sinematografi
  • Nathan Warner (layout)
  • Brian Leach (pencahayaan)
Disunting oleh
  • Fabienne Rawley
  • Jeremy Milton
Muzik olehMichael Giacchino
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 Februari 2016 (2016-02-13) (Belgium)
  • 4 Mac 2016 (2016-03-04) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
108 minit
NegaraAmerika syarikat
Bahasainggeris
BajetUSD150 juta
Pecah panggungUSD1.024 bilion

Zootopia (berjudul Zootropolis di pelbagai wilayah) ialah filem animasi komputer komedi-pengembaraan Amerika Syarikat tahun 2016 terbitan Walt Disney Animation Studios dan edaran Walt Disney Pictures. Ia nerupakan filem cereka animasi Disney ke-55 arahan Byron Howard dan Rich Moore bersama Jared Bush, dan dibintangi lakonan suara Ginnifer Goodwin, Jason Bateman, Idris Elba, Jenny Slate, Nate Torrence, Bonnie Hunt, Don Lake, Tommy Chong, J. K. Simmons, Octavia Spencer, Alan Tudyk dan Shakira. Filem ini berlatarkan suatu bandar raya dihuni mamalia antropomorfik mengisahkan persahabatan tidak disangka antara seorang pegawai polis arnab dan seekor rubah merah licik ketika mereka mendedahkan konspirasi jenayah melibatkan kehilangan orang tertentu yang berbangsa pemangsa.

Zootopia ditayangkan di Festival Filem Animasi Brussels Belgium pada 13 Februari 2016, dan pergi ke dalam keluaran teater umum dalam format Disney Digital 3-D, RealD 3D, IMAX 3D dan 4DX di Amerika Syarikat pada 4 Mac . Zootopia menerima ulasan positif daripada pengkritik, yang memuji lakon layarnya, animasi, lakonan suara, subjek dan skor muzik Michael Giacchino. Filem ini dibuka kepada box office yang memecahkan rekod di beberapa negara, dan memperoleh kutipan kasar di seluruh dunia lebih $1 bilion, menjadikannya filem keempat dengan kutipan tertinggi 2016. Filem ini mendapat banyak pujian; ia dinamakan salah satu daripada sepuluh terbaik oleh American Film Institute, dan menerima Anugerah Akademi, Golden Globe, Anugerah Filem Pilihan Pengkritik dan Anugerah Annie untuk Filem Cereka Animasi Terbaik.