Zombitopia
| Zombitopia | |
|---|---|
| Pengarah | Woo Ming Jin |
| Penulis |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Lesly Leon Lee |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Disney+ Hotstar (diedarkan bersama Skop Productions) |
Tarikh tayangan | 2 Julai 2021 (Malaysia) |
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM3 juta |
Zombitopia ialah sebuah filem aksi seram thriler apokaliptik Malaysia 2021 arahan Woo Ming Jin dengan skrip ditulis oleh Ming Jin dan Neesa Jamal, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Elvina Mohamad, Bront Palarae, Azman Hassan dan Sharifah Amani. Filem ini berkisarkan mengenai sejenis virus yang menyerang manusia sehingga mereka yang dijangkiti bertindak ganas 15 tahun lalu. Penyebaran virus ini menyebabkan dunia menjadi huru-hara dan kecoh sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam. Pada asalnya filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 13 Februari 2020 namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik koronavirus, bagaimanapun ia ditayangkan secara rasmi pada 2 Julai 2021 di Disney+ Hotstar.