Zombi

Zombi (Kreol Haiti: zonbi) ialah lembaga berupa mayat manusia yang tampak masih belum terkujur sepenuhnya bahkan juga masih bergerak dan bertindak seumpama manusia yang masih hidup. Lembaga jenis ini paling banyak dijumpai dalam karya genre seram dan fantasi di mana lembaga-lembaga ini dihidupkan melalui pelbagai kaedah termasuk sihir, pembawa penyakit, sinaran, penyakit mental, vektor, patogen, parasit, kemalangan saintifik, dan lain-lain lagi.

Konsep cereka ini berasal dari cerita rakyat masyarakat Haiti. Ia mula tersebar ke dalam budaya Barat secara meluas melalui media popular pada pertengahan abad ke-20 terutamanya dari filem Night of the Living Dead (1968) yang sebahagiannya diilhamkan daripada novel I Am Legend (1954) karya Richard Matheson; Kata zombi sendirinya tidak digunakan dalam filem tersebut tetapi dimasyhurkan melalui perbincangan jalan ceritanya dalam kalangan peminat filem tersebut.