Mayat

Mayat (pinjaman Arab: مَيِّت, rumi: mayyit terbitan bentuk ism kata kerja مَاتَ māta "mati") atau kadaver ialah tubuh manusia yang sudah mati. "Mayat" biasa digunakan sebagai istilah lebih formal untuk badan yang digunakan dalam latihan atau kajian perubatan. Selain "mayat" istilah lain ialah jenazah. Bahasa istana menggunakan لايونlayon serapan bahasa Jawa: ꦭꦪꦺꦴꦤ꧀, translit. layon "layuan".

Untuk tubuh binatang yang sudah mati, ia dipanggil bangkai.