Zoey Rahman
Zoey Rahman | |
|---|---|
زوايي رحمن | |
| Kelahiran | Mohd Hairey Azhar bin Abd Rahman 3 Januari 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Ketinggian | 5 ft 8 in (1.73 m) |
Mohd Hairey Azhar Abd Rahman (Jawi: زوايي رحمن; lahir 3 Januari 1985) yang dikenali sebagai Zoey Rahman merupakan seorang pelakon, pengacara dan model lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada 2005 sebagai model dan seterusnya menjadi pengacara pada 2006 menerusi Gerak Geri Gasing. Sebagai pelakon, Zoey telah membintangi beberapa drama TV termasuk Bong (2009), Friday I'm In Love (2012) dan Demi Dia (2013).