Zee Tamil
| Jenis | Rangkaian televisyen komersial |
|---|---|
| Negara | |
| Ketersediaan | Tersedia di seluruh dunia |
| Ditubuhkan | 1992 oleh Subhash Chandra |
| 15% (Tamil Nadu dan Puducherry) | |
| Ibu pejabat | Olympia Platina, 1st and 2nd Floor, 33B, Lazer St, SIDCO Industrial Estate, Guindy, Chennai, Tamil Nadu 600032, India |
| Kawasan | Seluruh Dunia |
| Pemilik | Zee Entertainment Enterprises |
Orang penting | Siju Prabhakaran Anuradha Gudur (Ketua Unit) |
Laman sesawang | Zee Tamil |
| Bahasa | Tamil |
Zee Tamil juga dikenali sebagai Z Tamil ialah saluran televisyen hiburan umum bahasa Tamil India yang dimiliki oleh Zee Entertainment Enterprises . Saluran ini dimulakan pada 2008 dan boleh didapati di pelbagai negara di seluruh dunia . Saluran ini disiarkan dari Guindy, Chennai, Tamil Nadu .
Senarai Rancangan di Zee Tamil termasuk drama bersiri, rancangan rohani,rancangan masakan, rancangan bual bicara, rancangan muzik,dan filem . Ia terkenal untuk menyiarkan siri drama bergenre fantasi dan percintaan. Zee Tamil juga menyiarkan rancangan realiti seperti Dance Jodi Dance, Genes, Sa Re Ga Ma Pa Seniors, Survivor Tamil, Tamizha Tamizha dan Rockstar.Selepas saluran ini menjalani penstrukturan semula sepenuhnya pada tahun 2017, bahagian penonton meningkat daripada 5% kepada antara 13% hingga 15%. Pada tahun 2017 dan 2018, Zee Tamil naik ke tempat kedua sebagai saluran televisyen Tamil yang paling banyak ditonton. Pada masa ini, ia merupakan saluran paling banyak ditonton selepas Sun TV dan STAR Vijay.