Zairaini Sarbini

Zairaini Sarbini
Kelahiran(1972-11-01)1 November 1972
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 48)
Sebab kematianKanser serviks
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor
PekerjaanPelakon suara
Tahun aktif1991–2021
SaudaraArfalie Fikrie bin Razali (Anak saudara)

Zairaini Sarbini (1 November 1972 – 9 Ogos 2021) ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam pengalihan suara ke dalam Bahasa Melayu untuk kartun, anime, filem asing dan rancangan TV yang kebanyakannya disiarkan di saluran Astro Ceria. Beliau juga merupakan ibu saudara kepada pelakon suara bernama Arfalie Fikrie Razali yang menjadi pengalih suara Shin-chan. Zairani dahulunya bekerja di Filem Karya Nusa.