Damansara Damai
Damansara Damai merupakan kawasan perumahan semi elit terletak di Damansara, Selangor, Malaysia. Ia mempunyai sebanyak 9 kawasan perumahan jenis pangsapuri iaitu Apartment Impian, Apartment Idaman, Apartment Harmoni, Apartment Bayu, Apartment (Plaza) Suria, Apartment Indah, Apartment Selasih, Kondominium Armani dan Park Avenue. Dua pembangunan terbaru; One Damansara dan Residensi Suasana terletak di tengah-tengah bandar Damansara Damai. Damansara Damai berasal dari tanah suku temuan dikenali juga sebagai orang asli.