Yusof Hashim

Yusof Hashim
Yusof at KL Fashion Week 2018
Kelahiran
Mohd Yusof bin Hashim

(1993-07-08) 8 Julai 1993
WarganegaraMalaysia
Nama lainUcop
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari
Tahun aktif2015–kini
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)

Mohd Yusof bin Hashim (lahir 8 Julai 1993) atau lebih dikenali sebagai Ucop ialah pelakon, penyanyi, penari, dan personaliti media sosial yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dikenali menerusi video Dubsmash dan watak kembar Farhan & Fahrin dalam Drama Telemovie Dua yang bersiaran di Astro Ria. Beliau juga merupakan pemenang Top Lifestyle Influencer dan Breakout Influencer of the year di Anugerah Influence Asia 2015 dan finalis pencalonan Selebriti Media Sosial Pilihan Online 2016.