Yosia
| Yosia | |
|---|---|
Yosia dalam Promptuarii Iconum Insigniorum oleh Guillaume Rouillé, 1553 | |
| Raja Yehuda | |
| Pemerintahan | 640–609 SM |
| Didahului oleh | Amon |
| Diikuti oleh | Yoahas |
| Keputeraan | s. 648 SM mungkin Baitulmuqaddis |
| Kemangkatan | Tammuz (Julai/Ogos) 609 SM (usia 38–39) Baitulmuqaddis |
| Pasangan | Zebuda Hamutal |
| Anakanda | Yohanan Yoyakim Zedekia Yoahaz |
| Kerabat | Kerabat Daud |
| Ayahanda | Amon |
| Bonda | Yedida |
Yosia atau Yosiyahu ialah Raja Yehuda ke-16 (s. 640 – 609 SM). Menurut Alkitab Ibrani, baginda memulakan reformasi agama dengan menghapuskan penyembahan tuhan selain Yahweh secara rasmi. Sehingga tahun 1990-an, keterangan Alkitab tentang pembaharuan Yosia ini biasanya dianggap lebih kurang tepat, tetapi itu kini banyak diperdebatkan. Menurut Alkitab, Yosia menjadi raja Kerajaan Yehuda pada usia lapan tahun, selepas ayahandanya Raja Amon dibunuh, dan memerintah selama 31 tahun, dari 641/640 hingga 610/609 SM.
Maklumat Yosia hanya diketahui daripada teks alkitabiah; baginda tidak disebut dalam teks-teks sezaman lain yang masih elok dari Mesir atau Babylon, dan tiada bukti kukuh daripada kajian arkeologi, seperti inskripsi yang mengandungi nama baginda, pernah ditemui. Walau bagaimanapun, cap dengan nama "Natan-melekh," nama seorang pegawai pentadbiran di bawah Raja Yosia menurut 2 Raja–Raja 23:11, dari abad ke-7 SM, pernah ditemui di sebuah tapak arkeologi di Baitulmuqaddis. Penemunya percaya cap itu mewakili raja yang disebut dalam 2 Raja-raja 23:11. Selain itu, kebanyakan sarjana percaya Yosia wujud dalam sejarah dan baginda tidak ada dalam catatan kerana tidak banyak dokumen dari zaman itu terpelihara, serta kerana Baitulmuqaddis telah beribu-ribu tahun dijajah, ditakluki, dan dibina semula.