Yoon Suk Yeol
Yoon Suk-yeol | |
|---|---|
尹錫悅 윤석열 | |
Potret rasmi, 2022 | |
| Presiden Korea Selatan ke-13 | |
| Dalam jawatan 10 Mei 2022 – 4 April 2025 | |
| Perdana Menteri | Choo Kyung-ho (pemangku) Han Duck-soo Choi Sang-mok (pemangku) |
| Didahului oleh | Moon Jae-in |
| Digantikan oleh | Han Duck-soo (pemangku) |
| Ketua Pendakwa Korea Selatan | |
| Dalam jawatan 25 Julai 2019 – 4 Mac 2021 | |
| Presiden | Moon Jae-in |
| Didahului oleh | Moon Moo-il |
| Digantikan oleh | Cho Nam-kwan (Pemangku) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 18 Disember 1960 Seoul, Korea Selatan |
| Parti politik | Kuasa Rakyat (2021–kini) |
| Pasangan | Kim Keon-hee |
| Pendidikan | Universiti Kebangsaan Seoul (LLB) |
| Tandatangan | |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Yun Seok-yeol |
| McCune–Reischauer | Yun Sok-yol |
Yoon Suk Yeol (lahir 18 Disember 1960) ialah ahli politik Korea Selatan, bekas pendakwa raya dan peguam yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-13 dari 2022 sehingga pemecatannya pada 2025. Sebelum menjadi presiden, beliau ialah Pendakwa Raya negara tersebut dari 2019 hingga 2021.
Dilahirkan di Seoul, Yoon menghadiri Universiti Kebangsaan Seoul. Dalam kapasitinya sebagai ketua Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, beliau memainkan peranan penting dalam mensabit bekas presiden Park Geun-hye dan Lee Myung-bak kerana salah guna kuasa. Kemudian, Yoon berkhidmat sebagai pendakwa raya Korea Selatan antara 2019 dan 2021, di mana jawatannya dia memperoleh sabitan terhadap Cho Kuk, seorang tokoh berpengaruh dalam pentadbiran Presiden Moon Jae-in. Sebagai ahli Parti Kuasa Rakyat, Yoon menewaskan calon Parti Demokrat Lee Jae-myung dalam pilihan raya presiden 2022.