Yogi Bear (filem)

Yogi Bear
Poster promosi filem
PengarahEric Brevig
Lakon layarBrad Copeland
Joshua Sternin
Jeffrey Ventimilia
BerdasarkanWatak:
William Hanna
Joseph Barbera
Dihasilkan olehDonald De Line
Karen Rosenfelt
DibintangiDan Aykroyd
Justin Timberlake
Anna Faris
Tom Cavanagh
T. J. Miller
Dikisahkan olehJosh Robert Thompson
SinematografiPeter James
Disunting olehKent Beyda
Muzik olehJohn Debney
Syarikat
penerbitan
Sunswept Entertainment
De Line Pictures
Rhythm and Hues
Hanna-Barbera
Diedarkan olehWarner Bros.
Tarikh tayangan
  • 11 Disember 2010 (2010-12-11) (Westwood)
  • 17 Disember 2010 (2010-12-17) (United States)
Masa tayangan
82 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
BajetAS$80 juta
Pecah panggungAS$201,584,141

Yogi Bear merupakan filem aksi nyata Amerika tahun 2010 yang diadaptasi dari siri kartun popular Hanna-Barbera, The Yogi Bear Show arahan Eric Brevig. Filem ini dibintangi Dan Aykroyd yang melakonkan suara Yogi Bear, dan Justin Timberlake bagi suara Boo-Boo Bear. Filem tersebut turut dibintangi Tom Cavanagh, Anna Faris, Andrew Daly, Nate Corddry, dan T. J. Miller. Filem ini asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Jun 2010, tetapi ditangguhkan ke 17 Disember 2010.

Ia diedarkan oleh Warner Bros. dengan Hanna-Barbera bertindak sebagai penerbit bersama. Ia merupakan pembikinan filem pertama terbitan Hanna-Barbera tanpa bantuan William Hanna dan Joseph Barbera, masing-masing meninggal dunia pada tahun 2001 dan 2006. Filem tersebut mengisahkan bagaimana Yogi Bear cuba menyelamatkan taman negaranya daripada menjadi mangsa pembalakan. Pembikinan filem bermula pada November 2009. Filem ini didahului kartun pendek 3D Wile E. Coyote dan Road Runner berjudul "Rabid Rider".