Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor

Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Selangor
Speaker of the Selangor State Legislative Assembly
雪兰莪州立法议会议长
Penyandang
Lau Weng San
sejak 19 September 2023
Dewan Undangan Negeri Selangor
GelaranYang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua (formal)
Tuan Speaker/Tuan Pengerusi (tidak rasmi dan dalam dewan)
StatusPegawai pemangku tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Selangor
PusatBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Dilantik olehDipilih oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
Tempoh jawatanDipilih pada permulaan setiap penggal Dewan Undangan Negeri Selangor, atau apabila berlaku kekosongan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Selangor
Penjawat sulungAbdullah Hassan
Dibentuk8 Julai 1957 (1957-07-08)
Timbalan/naibTimbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor
Tapak webdewan.selangor.gov.my
sunting · sunting di Wikidata

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor (Inggeris: Speaker of the Selangor State Legislative Assembly; Cina tradisional: 雪兰莪州立法议会议长; Tamil: சிலாங்கூர் மாநில சட்டப் பேரவையின் சபாநாயகர்) merupakan pegawai yang mempengerusikan Dewan Undangan Negeri Selangor, iaitu badan perundangan satu dewan bagi negeri Selangor di Malaysia. Speaker bertanggungjawab memanggil persidangan dewan, menyelaras perbahasan, serta meneliti penerimaan petisyen, rang undang-undang, dan pindaan. Sekiranya Speaker tidak dapat hadir, timbalannya akan menjalankan tugas tersebut.

Speaker dipilih melalui pengundian semasa persidangan pertama setiap penggal dewan yang baharu.

Speaker terkini ialah Lau Weng San. Beliau dipilih pada 19 September 2023 bagi penggal ke-15 Dewan Undangan Negeri Selangor. Speaker pertama ialah Abdullah Hassan yang berkhidmat dari 8 Julai 1959 hingga 17 November 1962.