Yōkai

Yōkai (妖怪, bermaksud "curiga", "misteri", atau "tidak masuk akal") merupakan makhluk dan semangat halus dipercayai dalam kalangan masyarakat Jepun yang berupa pelbagai rupa baik menyerupai haiwan mahupun manusia.

Secara umum, Yōkai mempunyai kuasa ghaib atau spiritual yang mana pertembungan mereka dengan manusia dianggap merbahaya. Yōkai juga memiliki perwatakan berbeza daripada manusia yang seringkalinya sukar untuk difahami.