Konsortium Jaringan Sejagat

Konsortium Jaringan Sejagat
World Wide Web Consortium
Kerangka
KependekanW3C
Cogan kataLeading the Web to Its Full Potential
Jenis/bentuk sahPertubuhan piawai
TujuanMembangun protokol dan garis panduan yang memastikan pertumbuhan jangka panjang untuk Web.
IndustriPemiawaian 
Keanggotaan 446 ahli pertubuhan
Tapak webwww.w3.org
Sejarah
Dibentuk1 Oktober 1994 (1994-10-01)
PengasasTim Berners-Lee 
Pengurusan
PengerusiTim Berners-Lee 
DirectorTim Berners-Lee
SubsidiariImproving Web Advertising Business Group, WebAssembly, Schema.org 
Perangkaan
Kakitangan/pekerja 63
Lokasi
Ibu pejabatCambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat
Lokasi
  • Amerika Syarikat 
  • 4 Pejabat
    • Main Office: MIT/CSAIL, USA
    • ERCIM, Perancis
    • Universiti Keio/SFC, Jepun
    • Universiti Beihang, China
Koordinat42°21′43.4″N 71°05′27.0″W / 42.362056°N 71.090833°W / 42.362056; -71.090833
Kawasan perkhidmatanDunia
sunting · sunting di Wikidata

Konsortium Jaringan Sejagat (bahasa Inggeris: World Wide Web Consortium), boleh disingkatkan kepada W3C, merupakan pertubuhan piawaian utama antarabangsa bagi Jaringan Sejagat (singkatan WWW atau W3). Ia disusun sebagai satu konsortium di mana ahli organisasi mengekalkan kakitangan sepenuh masa untuk tujuan bekerja bersama-sama di dalam pembangunan kepiawaian bagi W3. Sehingga Mac 2007, W3C mempunyai 441 ahli. Ia biasanya terbuka kepada pertubuhan baru untuk turut serta.

W3C juga melibatkan diri di dalam pendidikan dan pencapaian, membangunkan perisian dan berkhidmat sebagai satu forum terbuka untuk perbincangan mengenai Web.

W3C diketuai oleh Sir Tim Berners-Lee, pencipta laman web pertama dan pengarang utama bagi URL (Uniform Resource Locator), HTTP (HyperText Transfer Protocol) dan HTML (HyperText Markup Language) spesifikasi yang asal, teknologi asas yang membentuk asas bagi WWW.