Wong Hoong Keat
Yang Berhormat Wong Hoong Keat | |
|---|---|
| Ahli Parlimen bagi Tanjong, Pulau Pinang | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Tanjong, Pulau Pinang |
| Parti politik | MCA (1981 - ) DAP ( - 1981) |
| Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Wong Hoong Keat merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau juga merupakan bekas ahli parlimen bagi kawasan Tanjong, negeri Pulau Pinang dari 1978 hingga 1982. Beliau pernah bertanding dan menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kerusi Tanjong atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP). Wong kemudian pada 1981 meninggalkan DAP untuk menyertai parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dari Barisan Nasional (BN).