Wong Ah Fook

Wong Ah Fook JP, S.M.J. (Bahasa Cina: 黃亞福; 12 Mac 1837 - 12 September 1918, juga Wong Fook atau Wong Fook Kee; Jawi: ووڠ اه فوك) adalah seorang jurubina, usahawan dan dermawan penghijrah Cina. Beliau bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja raya besar yang membangunkan negeri Johor terutamanya ibu kota, Johor Bahru termasuk pembinaan Istana Besar semayaman Sultan Johor antara sejumlah besar bangunan warisan Johor.