Windows XP

Windows XP
Tampilan antaramuka Windows XP Pek Perkhidmatan 3
Maklumat umum
Jenis sistemWindows NT (mul) dan Microsoft Windows (mul)
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft Corporation
Model sumberSumber tertutup, Sumber berkongsi
Keluaran untuk
pembuatan
RTM: 24 Ogos 2001
Retail: 25 Oktober 2001
Keluaran terkini5.1.2600.5512 Service Pack 3 (x86 SP3) / 21 April 2008 (2008-04-21)
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Didahului olehWindows Me (mul) dan Windows 2000 (mul)
Diganti olehWindows Vista (mul)
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
x86, x86-64, IA-64
Jenis intiInti hibrid
LesenMS-EULA
Format fail
boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webWindows XP: Homepage
Status sokongan
  • Tempoh sokongan arus perdana telah berakhir pada 14 April 2009
  • Tempoh sokongan lanjutan telah berakhir pada 8 April 2014
Rencana dalam siri ini
  • Edisi Windows XP
  • Ciri-ciri baru Windows XP
  • Pembangunan Windows XP
  • Kritikan terhadap Windows XP
sunting ยท sunting di Wikidata

Windows XP ialah salah satu keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP ialah singkatan perkataan eXPerience (pengalaman) dalam bahasa Inggeris. Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada.

Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP ialah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP telah digantikan dengan Windows Vista pada 30 Januari 2007.

Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga ialah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian dan Windows Genuine Advantage (WGA) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh pencetak rompak.