Windows 2000

Microsoft Windows 2000
ويندوس ٢٠٠٠
Versi sistem pengendalian Windows NT
Paparan skrin Windows 2000 Professional dengan SP4.
Maklumat umum
EponimMicrosoft Windows (mul) dan 2000
Jenis sistemWindows NT (mul)
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft
Keadaan kerjaTiada sokongan
Model sumber
Keluaran untuk
pembuatan
17 Februari 2000
Keluaran terkiniService Pack 4 dengan Update Rollup (5.0.2195) / 13 September 2005
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Sasaran pemasaranKorporat dan pelayan
Didahului olehWindows NT 4.0
Diganti olehWindows XP (mul) dan Windows Server 2003
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
x86 (mul)
DEC Alpha (mul)
MIPS
PowerPC (mul)
Jenis intiHibrid (Kernel Windows NT)
LesenPerisian berhak cipta untuk tujuan komersil
Pautan berkaitan
Tapak webmicrosoft.com/windows2000/ di laman Wayback Machine (diarkibkan pada 3 Disember 2000)
Status sokongan
Sokongan induk tamat pada 30 Jun 2005
Sokongan lanjutan tamat pada 13 Julai 2010
sunting · sunting di Wikidata

Microsoft Windows 2000 (juga dikenali dengan nama Win2k) ialah sistem pengendalian komputer yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft. Sistem pengendalian ini merupakan salah satu daripada keluaran utama berasaskan kepada sistem pengendalian Windows NT yang direka bagi penggunaan berkaitan korporat. Windows 2000 memasuki release to manufacturing (RTM) pada 15 Disember 1999, diedarkan secara rasmi kepada peruncitan pada 17 Februari 2000 dan edisi pelayan Windows 2000 Datacenter Server dikeluarkan pada 26 September 2000.

Beberapa ciri diperkenalkan dalam Windows 2000 seperti NTFS 3.0, Sistem Penyulitan Fail,, serta dua jenis tetapan untuk storan cakera iaitu basic dan dynamic. Sokongan untuk pengguna dengan kelainan upaya juga dinaik taraf berbanding Windows NT 4.0 dengan pengenalan kepada beberapa ciri teknologi bantuan dan Microsoft juga memperluaskan sokongan kepada berbilang bahasa dan maklumat berkaitan tetapan tempatan. Keluaran Windows 2000 Server pula mengandungi beberapa ciri tambahan, paling utama ialah pengenalan kepada Active Directory, di mana pada tahun-tahun berikutnya dijadikan sebagai perkhidmatan direktori paling meluas digunakan dalam persekitaran korporat.

Terdapat empat edisi bagi Windows 2000 yang dikeluarkan: Professional, Server, Advanced Server dan Datacenter Server; dua edisi terakhir telah memasuki fasa bakal dikeluarkan dan dilancarkan sebulan selepas keluaran rasmi bagi edisi yang lain. Walaupun tiap-tiap edisi Windows 2000 ditujukan kepada jenis pasaran yang berbeza, edisi-edisi ini memiliki ciri asas yang sama, termasuklah penggunaan kebanyakkan utiliti sistem seperti Microsoft Management Console dan aplikasi pentadbiran sistem yang piawai.

Pada mulanya, Microsoft memasarkan Windows 2000 sebagai sistem pengendalian Windows yang memiliki ciri keselamatan yang paling ketat pada ketika itu. Namun begitu, Windows 2000 telah dijadikan sebagai sasaran beberapa serangan virus berprofail tinggi seperti Code Red dan Nimda. Selepas sepuluh tahun pelancarannya, sistem pengendalian ini masih lagi menerima kemaskini tampalan berkaitan dengan kerentanan keselamatan hampir setiap bulan sehinggalah tamatnya sokongan rasmi pada 13 Julai 2010, hari yang sama di mana tamatnya sokongan untuk Windows XP SP2.

Windows 2000 dan Windows 2000 Server telah digantikan dengan Windows XP yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan Windows Server 2003 yang dikeluarkan pada tahun 2003.

Windows 2000 juga merupakan versi terakhir Windows NT yang menyokong seni bina PC-98, i486 dan SGI Visual Workstation 320 dan 540, serta Alpha. Pengganti selepasnya, Windows XP hanya menyokong seni bina x86, x64 dan pemproses Itanium.