Windows Live Movie Maker

Windows Live Movie Maker
PembangunMicrosoft
Pelancaran pertama2007
Versi terkini/stabil2011 (Binaan 15.4.3508.1109) (01 Disember 2010 (2010-12-01))
Sistem pengendalianWindows Vista, Windows 7, Windows Server 2008, Windows Server 2008 R2
JenisPerisian hak milikvideo editing software
GenrePerisian suntingan video
LesenProprietari
Pautan berkaitan
Tapak webhttp://download.live.com/moviemaker
sunting ยท sunting di Wikidata

Windows Live Movie Maker (nama kod Sundance) merupakan perisian suntingan video yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Microsoft Windows Live. Ia bertujuan untuk menggantikan Windows Movie Maker yang disertakan dalam Windows Vista. Windows Live Movie Maker tidak serasi dengan versi Microsoft Windows sebelum Windows Vista.

Windows Live Movie Maker merupakan penulisan semula aplikasi Windows Movie Maker. Dengan menumpukan kepada keperluan umum pengguna, reka bentuk yang dipermudahkan ini termasuklah pembuangan sebahagian besar ciri yang dianggap tidak penting kepada pengguna umum. Program ini termasuklah antaramuka reben.

Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, YouTube, dan Flickr, di samping mencipta video HD. Walau bagaimanapun, ia menerima kritikan kerana pembuangan sebahagian besar ciri daripada versi terdahulu, terutamanya garisan masa.