Wi Man 衛滿 위만 ويمان |
|---|
|
| Pemerintahan | 194 SM - Tidak diketahui |
|---|
| Diikuti oleh | Tidak diketahui |
|---|
|
| Kerabat | Wi |
|---|
Wi Man (dalam bahasa Korea) atau Wey Man (dalam bahasa Cina) pada asalnya ialah seorang pemimpin tentera Kerajaan Yan. Apabila raja Lu Wan dari Yan dikalahkan oleh Han pada 195 SM, Wi Man melarikan diri ke Gojoseon di barat laut Korea dan kemudiannya merampas kuasa daripada rajanya pada 194 SM, lalu menubuhkan Wiman Joseon. Tercatat dalam Rekod Ahli Sejarah Besar dan Buku Han, Wiman ialah pemerintah pertama dalam sejarah Korea yang telah direkodkan dalam dokumen dari tempoh masa yang sama.