Wilson Nyabong Ijang
Wilson Nyabong Ijang | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Pelagus, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 7 Mei 2016 | |
| Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak | |
| Dalam jawatan 17 Mac 2010 – 7 Mei 2016 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 8 Jun 1959 Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia) |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Barisan Nasional - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (2004–2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (2018–kini) |
| Pasangan | Seriah Thomas |
| Anak | 5 (2 lelaki dan 3 perempuan) |
| Kediaman | Kuching, Sarawak |
Wilson Nyabong Ijang (lahir 8 Jun 1959) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan N.61 Pelagus di Sarawak yang mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang ketika itu adalah sebahagian daripada Barisan Nasional dan sekarang Gabungan Parti Sarawak. Berikutan kejatuhan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2018 dan selepas pertemuan antara semua parti gabungan BN yang berpusat di Sarawak termasuk PRS pada 12 Jun 2018, telah memutuskan untuk meninggalkan gabungan tersebut untuk membentuk gabungan baru, GPS yang berpusat di Sarawak. Beliau telah dipilih dalam pilihan raya setelah memperoleh majoriti di DUN Pelagus pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, 2016. Beliau kini dalam penggal kedua selepas memenangi majoriti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, 2021. Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi PRS.