Wilhelm Canaris
Wilhelm Canaris | |
|---|---|
Canaris pada 1940 | |
| Ketua Abwehr | |
| Dalam jawatan 1 Januari 1935 – 12 Februari 1944 | |
| Timbalan | Hans Oster |
| Didahului oleh | Conrad Patzig |
| Digantikan oleh | Georg Hansen |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Wilhelm Franz Canaris 1 Januari 1887 Aplerbeck, Landkreis Dortmund, Provinsi Westphalia, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman |
| Meninggal dunia | 9 April 1945 (umur 58) Kem tahanan Flossenbürg, Flossenbürg, Jerman Nazi 49°44′06″N 12°21′21″E / 49.734958°N 12.35577°E |
| Cause of death | Hukuman gantung |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | |
| Cabang/khidmat | |
| Tahun khidmat | 1905–1944 |
| Pangkat | Admiral |
| Pangkalan |
|
| Perang/Pertempuran | Perang Dunia I
|
| Anugerah tentera | Iron Cross (Kelas 1) Lencana Perang Kapal Selam |
Wilhelm Franz Canaris (1 Januari 1887 – 9 April 1945) ialah laksamana Jerman dan ketua Abwehr (perkhidmatan perisikan tentera Jerman) dari tahun 1935 hingga 1944. Canaris pada awalnya adalah penyokong Adolf Hitler, dan rejim Nazi. Selepas pencerobohan Jerman ke atas Poland pada 1939, bagaimanapun, Canaris beralih arah menentang Hitler dan melakukan penentangan pasif dan aktif semasa perang.
Selaku ketua agensi perisikan tentera Jerman Nazi, beliau turut terlibat dalam aktiviti penentangan. Apabila perang beralih menentang Jerman, Canaris dan para pegawai tentera lain memperluaskan tentangan rahsia mereka terhadap pemimpin Jerman Nazi. Menjelang tahun 1945, tindakan tentangannya dan sabotaj ke atas rejim Nazi terbongkar dan Canaris telah ditangkap dan digantung di kem tahanan Flossenbürg kerana pengkhianatan besar sewaktu tentera Bersekutu mara ke arah selatan Jerman.