Wilayah Bingöl
Wilayah Bingöl
Bingöl ili | |
|---|---|
Lokasi Bingöl dalam Turki | |
| Koordinat: 39°02′28″N 40°40′33″E / 39.04111°N 40.67583°E | |
| Negara | Turki |
| Pentadbiran | |
| • Gabenor | Ahmet Hamdi Usta |
| Keluasan | 8,003 km2 (3,090 batu persegi) |
| Penduduk (2022) | 282,556 |
| • Kepadatan | 35/km2 (91/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+3 (TRT) |
| Kod kawasan | 0426 |
| Laman sesawang | www |
Wilayah Bingöl (Turki: Bingöl ili; Bahasa Kurdi: Parêzgeha Çewlîg; Zazaki: Wîlayetî Çewlîg; Bahasa Armenia: Ճապաղջուր զավառ; Jawi: ولايه بينڬول) ialah sebuah wilayah Turki. Wilayah ini dahulunya bernama Wilayah Çapakçur (Bahasa Armenia: Ճապաղջուր, har. 'air tersebar') sebelum tahun 1945 apabila ia dinamakan kepada Wilayah Bingöl. Keluasannya ialah 8003 km2, dan populasinya ialah 282,556 (2022). Wilayah ini merangkumi 11 majlis perbandaran, 325 kampung dan 693 perkampungan desa.
Bandar Genç merupakan tempat asal pemberontakan Syeikh Said Kurdi pada tahun 1925 dan sebahagian besar wilayah ini ditawan oleh pemberontak semasa peristiwa tersebut.
Sebagai Gabenor wilayah semasa, Ahmet Hamdi Usta dilantik oleh presiden pada Ogos 2023.