Whey

Whey manis, cecair
Whey dipungut apabila keju baru diperah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 112 kJ (27 kcal)
Karbohidrat 5.14
- Gula 5.14
Lemak 0.36
Protein 0.85
Air 93.12
Kalsium 47 mg (5%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Whey, air dadih atau kaki dadih adalah cecair yang tinggal selepas pepejal dari air susu telah menggumpal teguh dan termendap. Ia adalah hasil sampingan dalam pembuatan keju atau kasein dan mempunyai beberapa kegunaan komersial. Whey manis dihasilkan semasa membuat keju keras jenis renet seperti keju cheddar atau keju Swiss. Whey asid (juga dikenali sebagai "whey masam") adalah produk sampingan yang dihasilkan semasa membuat produk tenusu jenis asid seperti keju kotej atau yogurt tegang.