Kasein
Kasein (Jawi: كاسيين) (dari bahasa Latin caseus, "keju") ialah nama untuk sebuah keluarga fosfoprotein (αS1, αS2, β, κ) yang berkaitan. Protein ini biasanya ditemui dalam susu mamalia, 80% daripada protein dalam susu lembu dan di antara 20% ke 45% protein dalam susu manusia. Kasein mempunyai pelbagai kegunaannya, dari komponen utama keju, sebagai bahan penambah makanan serta bahan pengikat dalam membuat mancis keselamatan. Sebagai suatu sumber makanan, ia membekalkan asid amino, karbohidrata serta dua unsur penting iaitu kalsium dan fosforus.