Wes Anderson

Wes Anderson
Kelahiran
Wesley Wales Anderson

(1969-05-01) 1 Mei 1969
Houston, Texas, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversity of Texas at Austin
PekerjaanPengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, pelakon
Tahun aktif1994–kini
Rakan kongsi domestikJuman Malouf (2013–kini)
Anak-anak1
SaudaraEric Chase Anderson (adik), Mel Anderson (adik)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Wesley Wales Anderson (lahir 1 Mei 1969) ialah seorang pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, dan pelakon dari Amerika Syarikat. Filem-filem beliau dikenali kerana gaya visual dan penceritaannya yang tersendiri.

Anderson pernah dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk kategori Lakon Layar Terbaik untuk Royal Tenenbaums pada tahun 2001, Moonrise Kingdom pada tahun 2012 dan The Grand Budapest Hotel pada tahun 2014, serta Filem Animasi Terbaik untuk Fantastic Mr. Fox pada tahun 2009. Beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik pertamanya serta Anugerah Golden Globe kategori Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi untuk The Grand Budapest Hotel pada tahun 2014. Beliau juga menerima Anugerah BAFTA untuk Layar Asal Terbaik pada tahun 2015. Filem-filemnya diterbitkan di bawah syarikatnya sendiri yang bernama American Empirical Pictures.

Anderson dianggap oleh orang ramai sebagai seorang pengkarya auteur zaman moden. Beliau sering menerima pujian serta kritikan yang tekal atas karya-karyanya. Tiga filem arahannya – The Royal Tenenbaums, Moonrise Kingdom, dan The Grand Hotel Budapest – muncul dalam pungutan suara "filem-filem terhebat BBC 2016 sejak tahun 2000".