Watak-watak Kingdom Hearts

Kingdom Hearts ialah siri sebuah permainan video berperanan dibangunkan dan diterbitkan oleh Square Enix. Ini adalah hasil daripada gabungan antara Square dan Disney. Kingdom Hearts ialah campuran pelbagai latar-latar Disney berasaskan dunia yang dibuat khas untuk siri permainan video ini. Siri ini memaparkan campuran watak-watak Disney dan Final Fantasy, serta beberapa watak baru direka oleh Tetsuya Nomura.

Siri ini berkisahkan tentang watak utama, Sora dan pencarian kawan-kawannya dan perjumpaan dengan beberapa watak Disney dan Final Fantasy di dunia mereka. Pemain mengawal Sora, namun terdapat beberapa lagi watak lain menyertai Sora sebagai watak bukan pemain (NPC). Majoriti watak diperkenalkan dalam permainan yang pertama. Beberapa watak baru diperkenalkan dalam sekuelnya, Kingdom Hearts: Chain of Memories. Kingdom Hearts II dan Kingdom Hearts: Birth by Sleep menambah beberapa lagi watak Disney dan Final Fantasy, serta beberapa watak jahat.