Wat Chetawan
| Wat Chetawan วัดเชตวัน | |
|---|---|
Pandangan depan kuil | |
Ditunjukkan dalam Semenanjung Malaysia Wat Chetawan (Malaysia) | |
| Info asas | |
| Lokasi | Seksyen 5, Petaling Jaya |
| Koordinat geografi | 3°6′10.123″N 101°39′5.747″E / 3.10281194°N 101.65159639°E |
| Agama | Agama Buddha |
| Daerah | Petaling Jaya |
| Negeri | Selangor |
| Negara | Malaysia |
| Laman web | sites.google.com/site/watchetawan |
| Penerangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Seni bina Thailand |
| Pengasas | Phra Kru Palat Vieng |
| Disiapkan pada | 1962 |
| Kos pembinaan | RM250,000 – RM1.9 juta |
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox religious building dengan parameter "completed" yang tidak diketahui
Wat Chetawan merupakan sebuah wat Buddha Thai yang dibina dengan seni berunsurkan pengaruh aliran Theravada. Wat ini terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Wat Chetawan dibina pada awal tahun 1960-an dan telah beroperasi selama 40 tahun di tapak asalnya di Jalan Raja Bot.
Wat Chetawan terkenal di dalam kalangan penganut agama Buddha dan menerima ramai pengunjung terutamanya ketika musim perayaan seperti Hari Wesak, Songkran dan Perayaan Loy Krathong. Ianya juga telah dilawati oleh golongan kerabat diraja Thailand.
Kawasan laman di Wat Chetawan dikelilingi oleh patung-patung Buddha. Ia juga turut memiliki menara keemasan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.