Washington Nationals

Washington Nationals
Musim 2025 Washington Nationals
Ditubuhkan pada 1969
Berpusat di Washington, D.C. sejak 2005
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan
(sebagai Montreal Expos: 8, 10, 10, 30)
Warna
  • Merah scarlett, biru kelasi, putih
                  
Nama
  • Washington Nationals (2005–kini)
  • Montreal Expos (1969–2004)
Gelaran lain
  • Nats
Ballpark
  • 'Nationals Park' (2008–kini)
  • Robert F. Kennedy Memorial Stadium (2005–2007)
  • Olympic Stadium (1977–2004)
  • Jarry Park Stadium (1969–1976)
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (1)2019
NL Pennant (1)2019
NL East Kejuaraan Divisyen (5)
  • 1981
  • 2012
  • 2014
  • 2016
  • 2017
Kemunculan Wild card (1)2019
Pejabat pengurusan
PemilikMark Lerner
PengurusDave Martinez
Pengurus BesarMike Rizzo
Presiden Operasi BesbalMike Rizzo

Washington Nationals merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Washington, D.C. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Dari tahun 2005 sehingga 2007, pasukan ini telah beraksi di RFK Stadium sementara stadium baru sedang dibina. Pada tahun 2008, mereka berpindah ke Nationals Park.

Nationals merupakan pasukan kelapan yang berpusat di Washington, D.C. Pasukan ini mula ditubuhkan pada tahun 1969 dengan menggunakan nama Montreal Expos sebagai pasukan tambahan di MLB. Selepas cadangan penyingkiran digagalkan, Expos telah dibeli oileh MLB dan dikehendaki untuk memindahkan pasukan ke sebuah bandar baru Washington, D.C., telah dipilih pada 2004 dan Nationals mula diasaskan pada tahun 2005 serta menjadi pasukan MLB pertama yang berpindah sejak pasukan Washington Senators berpindah ke Texas pada 1971.

Pada awalnya, pasukan ini bergelut ketika mula berpindah ke Washington. Nationals mula mengecapi beberapa kejayaan semasa 2010-an. Pasukan ini mengesahkan kemunculan playoff pertama dan gelaran divisyen sulung pada tahun 2012. Pasukan ini juga menjuarai National League East selanjutnya pada tahun 2014, 2016 dan 2017 tetapi kesemuanya menemui kegagalan untuk mara melepasi NLDS. Pada tahun 2019, Nationals mara ke Siri Dunia dan menewaskan Houston Astros bagi mengesahkan kejuaraan dunia sulung.

Sehingga menjelang musim 2023, rekod menang-kalah pasukan ini secara keseluruhannya ialah 4,123–4,3870. Sejak berpindah ke Washington, D.C., rekod pasukan ini secara keseluruhan ialah 1,368–1,444.