Nationals Park

Nationals Park
Fail:Nationals Park.svg
Nationals Park pada 2019
Alamat1500 South Capitol Street SE
LokasiWashington, D.C., Amerika Syarikat
PemilikEvents DC
PentadbirWashington Nationals
Kapasiti41,339
Rekod kehadiran45,966 (12 Oktober 2012 vs. Cardinals)
Saiz PadangKiri Padang - 337 kaki (103 m)
Kiri-Pusat - 377 kaki (115 m)
Pusat Padang - 402 kaki (123 m)
Kanan-Pusat - 370 kaki (113 m)
Kanan Padang - 335 kaki (102 m) Washington Metro
at Navy Yard–Ballpark
PermukaanKentucky Bluegrass
Pembinaan
Pecah tanah4 Mei 2006 (4 Mei 2006)
Dibuka22 Mac 2008 (22 Mac 2008) (kolej, George Washington Colonials)
29 Mac 2008 (29 Mac 2008) (perlawanan persahabatan)
30 Mac 2008 (30 Mac 2008) (aksi musim)
Kos pembinaan$693 juta
($981 juta dalam 2023 dolar)
ArkitekHOK Sport (kini Populous)
Devrouax & Purnell Architects - Planners
Pengurus projekTurner
Brailsford & Dunlavey
McKissack & McKissack
Jurutera strukturReStl
Thornton Tomasetti
Perkhidmatan juruteraM-E Engineers
JVP Engineers
SIM-G Technologies
Kontraktor amClark/Hunt/Smoot Joint Venture
Tuan rumah
Washington Nationals (MLB) (2008–kini)

Nationals Park merupakan stadium besbol yang terletak di Washington, D.C. di Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Washington Nationals. Sejak stadium ini telah siap dibina pada 2008, ia merupakan stadium pertama memiliki pengiktirafan LEED sebagai stadium hijau pertama bagi mana-mana sukan di Amerika Syarikat.

Stadium yang direka oleh HOK Sport dan Devrouax & Purnell Architects and Planners ini menelan kos sebanyak $693 juta untuk dibina. Kos tambahan sebanyak $84.2 juta dibelanjakan untuk pengangkutan, seni dan penambahbaikan infrastruktur yang membawa kepada jumlah kos keseluruhan sebanyak $783.9 juta. Stadium ini juga memiliki kapasiti sebanyak 41,339 tempat duduk. Monumen Washington dan bangunan Capitol dapat dilihat jelas dari dek atas dari tapak pertama padang.

Nationals Park pernah melangsungkan Perlawanan All-Star Major League Baseball 2018, yang merupakan aksi All-Star pertama berlangsung di Washington, D.C. sejak tahun 1969. Stadium ini juga mengacarakan perlawanan 3, 4 dan 5 Siri Dunia 2019 yang merupakan aksi Siri Dunia pertama sejak 1953.