The CW
| Jenis | Penyiaran rangkaian televisyen |
|---|---|
| Negara | |
| Ketersediaan | AS, Kanada dan bagian utara Mexico |
| Slogan | Every Night Is Good |
| Pemilik | Paramount Global-50% Warner Bros. Discovery-50% |
Orang penting | Dawn Ostroff John Maatta |
Tarikh pelancaran | 18 September 2006 |
Nama lama | The WB UPN |
Laman sesawang | www.cwtv.com |
The CW Television Network ialah rangakaian televisyen di Amerika Syarikat. Dilancarkan pada tanggal 18 September 2006 untuk menggantikan The WB dan UPN, yang masing-masing telah ditamatkan pada 15 dan 17 September tahun tersebut. Dua malam pertama siaran The CW – pada 18 dan 19 September 2006 – terdiri daripada siaran ulangan dan rancangan khas sempena pelancaran.
The CW secara rasmi melancarkan siarannya pada 20 September 2006 dengan tayangan perdana selama dua jam bagi musim ketujuh America's Next Top Model. Barisan program rangkaian ini disasarkan terutamanya kepada penonton berumur antara 18 hingga 34 tahun, walaupun antara tahun 2008 hingga 2011, fokus programnya dialihkan untuk menarik minat wanita dalam lingkungan umur tersebut. Sehingga Ogos 2017, penonton rangkaian ini terbahagi sama rata antara lelaki dan wanita.