Warcraft (filem)

Warcraft
Poster siaran teater
PengarahDuncan Jones
Penulis
  • Charles Leavitt
  • Duncan Jones
BerdasarkanWarcraft oleh
Blizzard Entertainment
Dihasilkan oleh
  • Charles Roven
  • Alex Gartner
  • Thomas Tull
  • Jon Jashni
  • Stuart Fenegan
Dibintangi
SinematografiSimon Duggan
Disunting olehPaul Hirsch
Muzik olehRamin Djawadi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 24 Mei 2016 (2016-05-24) (Le Grand Rex)
  • 10 Jun 2016 (2016-06-10) (Amerika syarikat)
Masa tayangan
123 menit
NegaraAmerika syarikat
Bahasainggeris
Bajet$160 juta
Pecah panggung$439 juta

Warcraft (atau dikenali sebagai Warcraft: The Beginning) ialah filem fantasi aksi Amerika 2016 berdasarkan siri permainan video dengan nama yang sama. Diarahkan oleh Duncan Jones dan ditulis oleh Charles Leavitt dan Jones, ia dibintangi Travis Fimmel, Paula Patton, Ben Foster, Dominic Cooper, Toby Kebbell, Ben Schnetzer, Robert Kazinsky, Clancy Brown dan Daniel Wu. Filem ini mengisahkan Anduin Lothar daripada Stormwind dan Durotan daripada puak Frostwolf sebagai wira yang berada di pihak yang bertentangan dalam peperangan yang semakin meningkat, ketika warlock Gul'dan mengetuai Gerombolan untuk menyerang Azeroth menggunakan portal sihir. Bersama-sama, beberapa wira manusia dan Orc yang berbeza pendapat mesti cuba menghentikan kejahatan sebenar di sebalik perang ini dan memulihkan keamanan.

Filem ini pertama kali diumumkan pada tahun 2006 sebagai perkongsian projek antara Legendary Pictures dan pembangun permainan, Blizzard Entertainment. Warcraft ditayangkan di Paris pada 24 Mei 2016, dan telah dikeluarkan oleh Universal Pictures di Amerika Syarikat pada 10 Jun 2016. Walaupun prestasinya kurang baik di box office domestik dan menerima ulasan secara umumnya negatif daripada pengkritik, filem itu berjaya meraih kutipan $439 juta di seluruh dunia, mengatasi Prince of Persia: The Sands of Time sebagai filem Adaptasi video game dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.