Warcraft

Warcraft ialah sebuah siri waralaba genre fantasi dibangunkan syarikat Blizzard Entertainment terdiri daripada media permainan video, permainan peranan, bahan bacaan seperti novel dan komik serta media lain seumpama filem. Siri ini terdiri daripada lima permainan video utama: Warcraft: Orcs & Humans, Warcraft II: Tides of Darkness dan Warcraft III: Reign of Chaos merupakan permainan strategi masa nyata, World of Warcraft merupakan sebuah permainan berformat peranan berganda manakala permainan terkininya Hearthstone ialah sebuah permainan kad kumpulan digital. World of Warcraft ialah permainan paling laris dalam siri ini.

Kesemua media ini didasarkan dalam suatu latar alam fantasi bernama Azeroth dihuni manusia: ia pada asalnya bertumpu kepada "Kerajaan-Kerajaan Timur" (Eastern Kingdoms) yang menghadapi kemunculan bangsa Orka asal alam Draenor berlainan yang datang melalui suatu portal. Latar tempat ini dikembangkan dalam beberapa permainan kemudian memperkenalkan permainan ini tidak sahaja kepada benua-benua dan bentuk muka bumi baru tetapi juga bangsa-bangsa makhluk lain - bukan sahaja kepada yang biasa dikenali seperti elf, orang kerdil, gnome, orka, and troll malah juga Night Elf, Tauren, Pandaren dan sebagainya.