Pemfrancaisan
Pemfrancaisan atau pewaralabaan ditakrifkan sebagai amalan pengunaan hak atau kebenaran yang diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kepada pengusaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan (model perniagaan) yang diasaskannya — yakni francais atau francais urus niaga mahupun waralaba, lihat peristilahan — dalam suatu tempoh yang ditetapkan.
Pemberian hak ini dalam sektor makanan segera dapat ditunjukkan pada syarikat seperti Subway, KFC, Pizza Hut dan lainnya. Ia turut boleh dilanjutkan dalam sektor media seperti wayang gambar (misalnya Star Wars) yang turut boleh disebut "francais".