Wany Hasrita

Wany Hasrita
واني هسريتا
Kelahiran
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah

(1992-12-24) 24 Disember 1992
PendidikanSarjana Muda Sains Perubatan
Pusat pendidikanManagement & Science University (MSU)
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara
Tahun aktif2016–kini
PasanganMohd Al-Adib Fahmi Harun (k. 2022)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Hasbullah Hassan (bapa)
  • Norita Jaafar (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanTajul Ariff, Wani Syaz

Nurshazwany Hasrita Hasbullah (Jawi: نورشذوني حثريتا بنت حسب الله; lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Menahan Rindu".

Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.

Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.