WandaVision
| WandaVision | |
|---|---|
| Genre | |
| Pencipta | Jac Schaeffer |
| Pengarah | Matt Shakman |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | |
| Penggubah | Christophe Beck |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Bilangan episod | 9 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit | Chuck Hayward |
| Penyunting |
|
| Lokasi | |
| Sinematografi | Jess Hall |
Pemasangan kamera |
|
| Tempoh siaran | 29–49 minit |
Syarikat penerbitan | Marvel Studios |
Syarikat pengedaran | Disney Platform Distribution |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Disney+ |
| Format gambar | 16:9 |
| Siaran asal | Januari 15 – 5 Mac 2021 |
| Kronologi | |
| Diikuti oleh | Agatha All Along Senarai siri televisyen Marvel Cinematic Universe |
Rancangan berkaitan | Senarai filem Marvel Cinematic Universe |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang penerbitan Marvel Studios | |
WandaVision merupakan siri mini televisyen Amerika yang dihasilkan oleh Jac Schaeffer untuk perkhidmatan siaran atas talian Disney +. Kisahnya berdasarkan watak Marvel Comics, Wanda Maximoff/Scarlet Witch dan Vision. Peristiwa dalam siri ini berlaku dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan merupakan kesinambungan dengan filem-filem francais tersebut serta berlaku selepas peristiwa filem Avengers: Endgame (2019). Rancangan WandaVision dihasilkan oleh Marvel Studios, dengan Schaeffer sebagai ketua penulis dan Matt Shakman sebagai pengarahnya.
Elizabeth Olsen dan Paul Bettany melakonkan semula watak masing-masing sebagai Wanda Maximoff dan Vision. Pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Debra Jo Rupp, Fred Melamed, Kathryn Hahn, Teyonah Parris, Randall Park, Kat Dennings, dan Evan Peters. Pada September 2018, Marvel Studios memutuskan untuk menghasilkan beberapa siri terhad bagi platform Disney+ yang berpusat pada watak sokongan daripada filem MCU seperti Wanda dan Vision. Schaeffer telah diupah pada Januari 2019 sebagai pengarah. Siri ini diumumkan secara rasminya pada bulan April, dan Shakman telah menyertai pasukan penghasilan filem pada bulan Ogos. Siri ini memberi penghormatan kepada sitkom dahulu, dengan Wanda dan Visi hidup dalam realiti yang membawa mereka melalui era televisyen yang berlainan. Penggambaran bermula di Atlanta, Georgia pada bulan November 2019, sebelum produksi dihentikan pada bulan Mac 2020 disebabkan berlakunya pandemik COVID-19. Penggambaran disambung semula di Los Angeles pada September 2020 dan berakhir pada bulan November tahun itu.
Dua episod pertama WandaVision telah ditayangkan pada 15 Januari 2021, dan rancangan tersebut telah berlangsung selama sembilan episod. Rancangan siri ini berakhir pada 5 Mac. Ini adalah siri pertama dalam Fasa Empat MCU. Siri ini mendapat pujian dari pengkritik atas gaya dan pengaturan sitkomnya, perubahan filem studio kepada nada yang lebih gelap, serta persembahan Olsen dan Bettany.