Agatha All Along

Agatha All Along
Genre
Berdasarkan daripada
Marvel Comics
PenciptaJac Schaeffer
Dibintangi oleh
  • Kathryn Hahn
  • Joe Locke
  • Debra Jo Rupp
  • Aubrey Plaza
  • Sasheer Zamata
  • Ali Ahn
  • Okwui Okpokwasili
  • Patti LuPone
  • Evan Peters
  • Maria Dizzia
  • Paul Adelstein
  • Miles Gutierrez-Riley
Penggubah lagu tema
Penggubah
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan episod9
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kevin Feige
  • Louis D'Esposito
  • Brad Winderbaum
  • Mary Livanos
  • Robert Kulzer
  • Jac Schaeffer
Penerbit
  • Julie Herrin
  • Cameron Squires
Penyunting
  • Jamie Gross
  • David Egan
  • Libby Cuenin
  • Dane R. Naimy
Lokasi
  • Atlanta, Georgia
  • Los Angeles, California
Sinematografi
  • Caleb Heymann
  • Isiah Donté Lee
  • Jon Chema
Tempoh siaran29–49 minit
Syarikat penerbitan
Marvel Television
Penyiaran
Saluran asalDisney+
Siaran asal18 September 2024 (2024-09-18) – 30 Oktober 2024 (2024-10-30)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Laman sesawang

Agatha All Along ialah sebuah siri mini televisyen Amerika yang dicipta oleh Jac Schaeffer untuk perkhidmatan penstriman Disney+, berdasarkan Marvel Comics dan menampilkan watak Agatha Harkness. Sebagai cabang daripada siri mini WandaVision (2021), ia merupakan siri televisyen ke-11 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang diterbitkan oleh Marvel Studios dan yang pertama dikeluarkan di bawah jenama Marvel Television. Siri ini berkongsi kesinambungan dengan filem-filem dalam MCU. Schaeffer bertindak sebagai penerbit utama dan pengarah utama.

Kathryn Hahn mengulangi wataknya sebagai Agatha Harkness daripada WandaVision, bersama Joe Locke, Debra Jo Rupp, Aubrey Plaza, Sasheer Zamata, Ali Ahn, Okwui Okpokwasili, Patti LuPone, Evan Peters, Maria Dizzia, Paul Adelstein, dan Miles Gutierrez-Riley. Pembangunan bermula pada Oktober 2021 dengan Schaeffer dan Hahn disahkan terlibat, dan siri ini diumumkan secara rasmi pada bulan berikutnya. Schaeffer, Rachel Goldberg, dan Gandja Monteiro telah dilantik sebagai pengarah pada awal 2023 sebelum penggambaran yang berlangsung dari Januari hingga Mei 2023 di Trilith Studios, Atlanta, Georgia, serta di Los Angeles. Pasukan pelakon dan kru daripada WandaVision kembali, termasuk pasukan muzik siri itu. Beberapa judul telah diumumkan sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran sebelum judul rasmi Agatha All Along—merujuk kepada lagu dengan nama yang sama daripada WandaVision—diumumkan pada Mei 2024.

Agatha All Along ditayangkan di Disney+ pada 18 September 2024 dan berlangsung selama sembilan episod sehingga 30 Oktober sebagai sebahagian daripada Fasa Lima MCU. Siri ini menerima ulasan positif daripada pengkritik, terutamanya untuk persembahan Hahn, yang mana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe.