Wana

Wana
Nama lahirNoriezuana binti Syed Shafudin
Juga dikenali
sebagai
Wana Syed
Kelahiran1986 (umur 38–39)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Noriezuana Syed Shafudin atau Wana (lahir 1986 di Johor Bahru, Johor) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mendapat perhatian meluas selepas dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim kedua yang berlangsung pada 22 Februari 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selepas berhempas pulas selama 12 minggu bertanding.

Wana yang pada mulanya mendapat markah tercorot berjaya memikat hati para juri dan penonton dengan nyanyian lagu medley ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ dan ‘Ku Telah Jatuh Cinta’ pada bahagian pertama dan lagu ‘Kehebatan Cinta’ duetnya dengan Jamal Abdillah pada bahagian keduanya.

Dengan kemenangan tersebut, Wana merangkul hadiah wang tunai RM100,000, LCD TV (42’ LG LCD) tajaan LG, serta menjadi bintang dengan kontrak rakaman Warner Music Malaysia.