Wan Zaleha Radzi

Wan Zaleha Radzi
Kelahiran
Wan Zaleha binti Wan Ahmad Radzi

(1964-03-25) 25 Mac 1964
PekerjaanPersonaliti televisyen
Tahun aktif1984–kini
PasanganPeter Imran Winston Abdullah (k. 1999)
Ibu bapaAllahyarham Haji Wan Ahmad Radzi Wan Abdul Rahman (bapa)

Wan Zaleha Wan Ahmad Radzi (lahir 25 Mac 1964) merupakan seorang personaliti televisyen Malaysia yang pernah berkhidmat di TV3. Beliau pernah mengendalikan rancangan-rancangan TV3 termasuk Majalah 3, Buletin Utama dan Nightline. Wan Zaleha juga menjawat jawatan di syarikat pengurusan acara dan sukan Asiapromote Ventures.

Beliau berkahwin dengan Peter Imran Winston Abdullah yang berasal dari Australia pada 8 Mac 1999. Pada 1 Januari 2008, beliau pernah diserang oleh sekumpulan tiga lelaki sebelum diculik sebaik memasuki kenderaan mewahnya selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

Beliau menjadi pengacara Islam Today pada 2012 di TVi.