Wan Tempawan Wan Hanapi

Wan Tempawan Wan Hanapi
وان تمڤاوان وان هانڤي
Kelahiran
Wan Tempawan binti Wan Hanapi

(1883-01-01)1 Januari 1883
Meninggal dunia18 Disember 1966(1966-12-18) (umur 83)
WarganegaraTanah Melayu British (1883–1941)
Tanah Melayu Jajahan Jepun (1942–1945)
Pentadbiran Tentera British Malaya (1945–1946)
Malayan Union (1946–1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948–1963)
Malaysia (1963–1966)
Terkenal keranaIbu kepada Mahathir Mohamad
PasanganWan Hassan,
Mohamad Iskandar
Anak-anak6 (termasuk Mahathir)
Ibu bapaWan Hanapi Wan Mat Zahir (bapa)
Che Rabiah (ibu)
SaudaraWan Mohd Saman Wan Hanapi (abang sebapa)
Wan Haton Wan Hanapi (adik)
Wan Hadi Wan Hanapi (adik)
Wan Yahya Wan Hanapi (adik)
Marina Mahathir (cucu)
Mirzan Mahathir (cucu)
Mokhzani Mahathir (cucu)
Mukhriz Mahathir (cucu)
Meera Alyanna Mukhriz (cicit)
Siti Hasmah Mohd Ali (menantu)

Wan Tempawan binti Wan Hanapi (Jawi: وان تمڤاوان بنت وان هانڤي; Januari 1883 – 18 Disember 1966) ialah seorang suri rumah Malaysia yang merupakan ibu kepada Mahathir Mohamad, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7. Beliau juga merupakan isteri kedua kepada Mohamad Iskandar, seorang guru dan pendidik Malaysia yang merupakan pengasas kepada Kolej Sultan Abdul Hamid dan Sekolah Kebangsaan Iskandar, Kedah.