Marina Mahathir
Marina Mahathir | |
|---|---|
| Kelahiran | 11 Mei 1957 |
| Pekerjaan | Aktivis, kolumnis |
| Terkenal kerana | SIS |
| Pasangan | Tara Sosrowardoyo (k. 1998) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu | Siti Hasmah Mohd Ali |
| Bapa | Mahathir Mohamad |
| Saudara | Mirzan (Adik) Melinda (Adik) Mokhzani (Adik) Mukhriz (Adik) Maizura (Adik) Mazhar (Adik) |
Datin Paduka Marina binti Mahathir (lahir 11 Mei 1957) ialah seorang aktivis sosial Malaysia. Beliau mendapat gelaran Datin Paduka apabila beliau menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor daripada Sultan Selangor pada tahun 1997.
Pada 5 Oktober 2010, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganugerahi gelaran "Tokoh Sepanjang Tahun 2010" kepada beliau atas kegigihannya memperjuangkan hak kaum wanita, dan sentiasa lantang dalam kempennya berkaitan kesedaran terhadap HIV dan AIDS.