Wan Sukairi Wan Abdullah
Wan Sukairi Wan Abdullah | |
|---|---|
| وان سوكايري بن وان عبدﷲ | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan : 10 Mei 2018 – 15 Ogos 2023 & Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan : sejak 16 Ogos 2023) | |
| Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
| Kawasan pilihan raya | Wakaf Mempelam |
| Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Timbalan | Hishamuddin Abdul Karim |
| Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
| Didahului oleh | Rozi Mamat |
| Digantikan oleh | Hishamuddin Abdul Karim |
| Kawasan pilihan raya | Wakaf Mempelam |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Wakaf Mempelam | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Mohd Abdul Wahid Endut (PR–PAS) |
| Majoriti | 7,378 (2018) 18,627 (2023) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
| 2018–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
| 2020– | Perikatan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Wan Sukairi bin Wan Abdullah 12 Disember 1971 Terengganu, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) Muafakat Nasional (MN) Gagasan Sejahtera (GS) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Wan Sukairi bin Wan Abdullah (lahir 12 Disember 1971) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) bagi Wakaf Mempelam sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN. Sebagai Ahli EXCO Terengganu yang bertanggungjawab dalam Kerajaan Tempatan, beliau memainkan peranan penting dalam kontroversi mengharamkan penyanyi wanita bukan Islam daripada membuat persembahan di atas pentas di Terengganu.