Wan Sharmila
Wan Sharmila | |
|---|---|
وان شرميل | |
| Kelahiran | Wan Sharmila binti Wan Muhamed 12 Oktober 1981 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, Pengacara, Model, Usahawan |
| Tahun aktif | 2005–kini |
| Terkenal kerana | Tari Tirana Nora Elena 7 Hari Mencintaiku |
| Ketinggian | 156 cm (5 ka 1 in) |
| Pasangan | Fazli Bahrom (k. 2007; c. 2009) |
| Ibu bapa |
|
| Hubungan | Wan Maimunah (ibu saudara) |
Wan Sharmila Wan Muhamed (Jawi: وان شرميل وان محمد; lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam banyak drama, telefilem dan filem.
Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Emil Emilda (2007), Kisah Kaisara (2007-09), Tari Tirana (2009), Tipah Vavavoom (2010), Debunga Lalang (2013), Kusinero Cinta (2014) dan 7 Hari Mencintaiku (2016) . Selain itu, Sharmila juga terkenal dengan peranan lakonan filem termasuk Raya Tak Jadi! (2011) dan Bisikan Syaitan (2013). Beliau juga pernah memenangi "Anugerah Shine Pantene" pada Anugerah Skrin 2008.