Wan Nor Azlin
Wan Nor Azlin | |
|---|---|
| Kelahiran | Wan Nor Azlin binti Wan Muhammad Husain 5 Mei 1968 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1990–kini |
| Pasangan | Mohd Yazli Yaacob (k. 1999; c. 2013) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu bapa | Wan Muhammad Husain Wan Ibrahim |
Wan Nor Azlin Wan Muhammad Husain (lahir 5 Mei 1968) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau aktif berlakon drama televisyen di Malaysia sejak era 90an dan pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2001 untuk watak mangsa keganasan rumahtangga, lakonannya bersama Rosyam Nor dalam telefilem berjudul Takbir Untuk Abah siaran TV1.