Walter Bedell Smith

Walter B. Smith
Setiausaha Rendah Negara Amerika Syarikat
Dalam jawatan
9 Februari 1953 – 1 Oktober 1954
PresidenDwight Eisenhower
Didahului olehDavid K. E. Bruce
Digantikan olehHerbert Hoover Jr.
Pengarah Perisikan Pusat
Dalam jawatan
7 Oktober 1950 – 9 Februari 1953
PresidenHarry Truman
Dwight Eisenhower
TimbalanWilliam H. Jackson
Allen Dulles
Didahului olehRoscoe H. Hillenkoetter
Digantikan olehAllen Dulles
Duta Besar Amerika Syarikat ke Soviet Union
Dalam jawatan
3 April 1946 – 25 Disember 1948
PresidenHarry Truman
Didahului olehW. Averell Harriman
Digantikan olehAlan G. Kirk
Maklumat peribadi
Lahir
Walter Bedell Smith

(1895-10-05)5 Oktober 1895
Indianapolis, Indiana, A.S.
Meninggal dunia9 Ogos 1961(1961-08-09) (umur 65)
Washington D.C., A.S.
PasanganNory Cline (1917–1961)
PendidikanUniversiti Butler
Tandatangan
Nama panggilan"Beetle"
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmatTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun khidmat1911–1953
Pangkat Jeneral
Unit Cawangan Infantri
PangkalanTentera Darat Pertama
Perang/PertempuranPerang Dunia I
 • Ofensif Aisne-Marne
Perang Dunia II
 • Operasi Torch
 • Kempen Tunisia
 • Operasi Husky
 • Penyerbuan Bersekutu ke atas Itali
 • Operasi Overlord
 • Kempen Garis Siegfried
 • Pertempuran Bulge
 • Penyerbuan Sekutu Barat ke atas Jerman
Anugerah tenteraArmy Distinguished Service Medal (3)
Navy Distinguished Service Medal
Legion of Merit
Bronze Star
National Security Medal
(more below)

Jeneral Walter Bedell "Beetle" Smith (5 Oktober 1895 – 9 Ogos 1961) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai ketua staf Jeneral Dwight D. Eisenhower di Markas Angkatan Bersekutu (AFHQ) semasa Kempen Tunisia dan penyerbuan Bersekutu ke atas Itali pada tahun 1943 semasa Perang Dunia II. Beliau juga merupakan ketua staf Eisenhower di Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SHAEF) dalam kempen di Barat Eropah dari tahun 1944 hingga 1945.

Smith mendaftarkan diri sebagai prebet dalam Pengawal Kebangsaan Tentera Indiana pada tahun 1911. Pada tahun 1917, semasa Perang Dunia I, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Kedua. Beliau tercedera dalam Ofensif Aisne-Marne pada tahun 1918. Selepas Perang Dunia I, beliau menjadi pegawai staf dan jurulatih di Maktab Infantri Tentera Darat Amerika Syarikat. Pada tahun 1941, beliau menjadi Setiausaha Staf Am, dan pada tahun 1942 menjadi Setiausaha kepada Ketua Turus Gabungan. Tugas-tugasnya ialah melibatkan diri dalam perbincangan rancangan perang di peringkat tertinggi, dan Smith kerap memberi taklimat kepada Presiden Franklin D. Roosevelt tentang hal ehwal strategik.

Smith menjadi ketua staf kepada Eisenhower di AFHQ pada September 1942. Beliau mendapat reputasi sebagai "hatchet man" Eisenhower kerana sikapnya yang kasar dan meminta-minta. Namun, beliau juga cekap mewakili Eisenhower dalam misi sensitif yang memerlukan kemahiran diplomatik. Smith terlibat dalam merundingkan gencatan senjata antara Itali dan pihak Bersekutu, yang mana beliau menandatangani bagi pihak Eisenhower. Pada tahun 1944, beliau menjadi Ketua Staf SHAEF, sekali lagi dibawah Eisenhower. Pada posisi ini, Smith juga berjaya merundingkan bantuan makanan dan bahan api dihantar melalui garisan Jerman untuk penduduk awam Belanda yang kesejukan dan kebuluran, dan membuka perbincangan bagi penyerahan kalah Jerman secara total dan secara aman kepada Tentera Darat Pertama Kanada di Belanda. Pada bulan Mei 1945, Smith menemui para perwakilan Markas Besar Tentera Jerman di Reims, Perancis, untuk penyerahan kalah Angkatan Tentera Jerman, dan beliau menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman bagi pihak Jeneral Eisenhower.

Selepas Perang Dunia II, beliau berkhidmat sebagai Duta Besar A.S. ke Soviet Union dari tahun 1946 hingga 1948. Kemudian pada tahun 1950, Smith menjadi Pengarah Perisikan Pusat, iaitu ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain di Amerika Syarikat. Smith menyusun semula CIA, mentakrifkan semula struktur dan misinya, dan beliau memberikannya satu hala tujuan yang baru. Beliau menjadikan CIA sebagai cabang kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi operasi-operasi sulit. Beliau meninggalkan CIA pada tahun 1953 untuk menjadi Setiausaha Rendah Negara Amerika Syarikat. Selepas bersara dari Jabatan Negara pada tahun 1954, Smith terus berkhidmat dalam Pentadbiran Eisenhower di pelbagai jawatan selama beberapa tahun, sehingga bersara dan kematiannya pada tahun 1961.